SEDAR’20

Tarikh : 20 OKTOBER 2020
Tempat: INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN
PERASMI: PENGARAH IPG KAMPUS DARULAMAN

PENGENALAN

Pelaksanaan Seminar Darulaman 2020 Peringkat Kebangsaan (SEDAR’20) adalah bertepatan dengan anjakan ke-4 Transformasi Profesion Keguruan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 untuk Membudayakan Penyelidikan dan Inovasi. Pelaksanaannya juga adalah selaras dengan Kluster 3 (Pembudayaan Penyelidikan & Inovasi) Transformasi IPG (2016-2025). Seminar Darulaman 2020 Peringkat Negeri (SEDAR’20) merupakan forum yang akan membincangkan teori, idea dan hasil penyelidikan dalam pelbagai bidang pendidikan. Persidangan ini akan menghimpunkan pakar, penyelidik dan pengamal  dari seluruh Malaysia bagi membincangkan pelbagai isu dalam bidang pendidikan. Persidangan ini adalah anjuran bersama-sama Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman dan Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia.

OBJEKTIF

Persidangan ini bertujuan untuk:

  1. Membina satu jaringan sokongan antara IPGM, IPGK, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, PPD Kubang Pasu dalam memantapkan bidang penyelidikan dalam pendidikan
  2. Memberi peluang dan ruang kepada pensyarah IPGKDA, pegawai-pegawai pendidikan dan guru-guru  di Negeri Kedah membentangkan kertas penyelidikan secara dalam talian dalam seminar penyelidikan pendidikan peringkat IPGKDA
  3. Mengenal pasti isu dan cabaran semasa dalam pelbagai bidang penyelidikan pendidikan.

BAHASA PERSIDANGAN

Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu