CALL FOR PAPERS

Seminar Darulaman 2020 (SEDAR 2020) Peringkat Kebangsaan ialah forum yang menghimpun para sarjana, penyelidik, NGO dan pengamal pendidikan untuk membentang dan membincangkan idea dan hasil penyelidikan dalam bidang yang diliputi oleh tema persidangan. Dengan tema  “Pemantapan Penyelidikan  Pendidikan dalam Era Norma Baharu”,jawatankuasa penganjur menjemput anda sekelian untuk menyertai sebagai pembentang secara virtual atau sebagai peserta seminar (dalam talian).

ABSTRAK

Panduan penulisan abstrak:

  1. Tajuk kertas kerja mestilah tidak melebihi 15 patah perkataan
  2. Abstrak hendaklah ditulis dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
  3. Abstrak perlu menyatakan yang berikut: Tujuan kajian, metodologi kajian, dapatan kajian dan kesimpulan.
  4. Teks abstrak tidak melebihi daripada 250 patah perkataan.
  5. Abstrak hendaklah berkaitan dengan sub tema seminar (rujuk tajuk sub tema)
  6. Abstrak hendaklah dihantar menggunakan menggunakan
    e-mel : sedar20@ipgkda.edu.my

KERTAS KERJA PENUH

Kertas Kerja mestilah tidak lebih daripada 10 muka surat termasuk teks, jadual, rajah dan lampiran. Kertas kerja yang menepati mana-mana sub-tema yang disenaraikan akan diterima untuk semakan. Penulis akan dimaklumkan melalui e-mel jika kertas kerja beliau telah diterima. Pemberitahuan juga boleh termasuk komen dan cadangan penyemak/pengulas.

Kertas kerja penuh perlu dihantar sebelum tarikh tutup yang ditetapkan bagi memastikan artikel tuan/puan dimuatkan dalam e-prosiding.

Sila rujuk panduan penulisan kertas kerja penuh yang terdapat dalam portal ini.